UPSI Cipta Rekod MBOR Menerusi Tarian Tradisional

0
332

TANJUNG MALIM, 27 Mac – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mencipta rekod baharu Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi ‘Tarian Tradisional Terbanyak Dalam Satu Acara’ apabila 30 tarian tradisional pelbagai kaum dipersembahkan tanpa henti selama dua jam.

Tarian itu melibatkan penyertaan 140 penari terdiri daripada 115 pelajar UPSI dan 25 orang dari Persatuan Teluk Intan.

Antara tarian dipersembahkan ialah Zapin; Sumazau; Bharathanatyam; Bangra; Mak Yong; Sewang; Khatak; Inang Lama; Zapin Bunga Hutan serta dua tarian yang dipersembahkan Persatuan Teluk Intan – tarian Naga dan Singa…..-BERNAMA

Spread the News :-
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •