Tun Mahathir Punca Utama Kaum India Terpinggir dari Agenda Pendidikan Negara

0
1919
Picture Courtesy of FMT

Sejak Kebelakangan ini, pembangunan pendidikan kaum India telah menjadi isu sensitif dalam arus politik Malaysia. Kaum India telah menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan Malaysia yang sengaja mengabaikan hak pendidikan kaum India melalui penggubalan dasar-dasar pendidikan. Sehubungan itu, kaum India masih terbelenggu dengan cara kehidupan yang miskin dan mendepani peluang-peluang pendidikan yang semakin meruncing. Keadaan ini telah melontarkan soalan yang cukup matang seperti berikut:

  1. Adakah kerajaan Malaysia mempunyai objektif tersirat dan tersurat dalam pembentukan dasar pendidikan?
  2. Siapakah yang mempengaruhi pembentukan dasar pendidikan?

Sebelum melangkah kepada hujah Penindasan Peluang Pendidikan Kaum India, para ilmuan haruslah mengetahui corak pentadbiran Malaysia pada tahun 1990-an dan 2012-an.

Sebagai Contohnya:

Pada tahun 1990-an, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4. Pada era pemerintahan Tun Dr. Mahathir, program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia telah diwujudkan hasil keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mac 1999 bertujuan menyediakan pelajar yang telah lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti kursus-kursus ijazah dalam bidang science, technology, engineering dan mathematics (STEM) ke Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). Pada asalnya, program Matrikulasi ini terbuka 100% kepada pelajar-pelajar bumiputera. Keadaan sebegini telah menyempitkan peluang pengajian anak-anak kaum India ke Matrikulasi walaupun mempunyai kelayakan tinggi dalam SPM. Pada sesi akademik 2003/2004, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan bahawa program Matrikulasi akan terbuka sebanyak 10% kepada pelajar bukan bumiputera. Pada sesi akademik tersebut, seramai 100 – 300 pelajar India sahaja yang berjaya ditempatkan di dalam program Matrikulasi tersebut.

Setelah YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak menerajui sistem pentadbiran Malaysia pada tahun 2009, beliau telah menumpukan perhatian terhadap pembangunan pendidikan kaum India secara berperingkat. Pada 27 Februari 2012 (Isnin), beliau telah mengumumkan bahawa pelajar kaum India akan ditawarkan sebanyak 1,500 tawaran untuk mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi bagi sesi pengambilan 2012/2013. Ini merupakan satu langkah berani yang diutarakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib yang bijak meningkatkan bilangan pelajar India di Matrikulasi dari 100 ke 1500 tawaran yang membuahkan hasil peluang pengajian di Universiti Awam. Sebagai intiha, berikut adalah statistik kemasukan pelajar India ke Program Matrikulasi dari tahun 2012 hingga 2017 :

Jadual 1: Statistik Kemasukan Pelajar India ke Program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia sejak Tahun 2012 hingga 2017

TAHUN TAWARAN PERTAMA TAWARAN KEDUA PENDAFTARAN
2012 1500 1170
2013 1500 350 1142
2014 1500 356 1394
2015 1500 421 1408
2016 1500 775 1397
2017 1500 550 1479

                                                                   Sumber: Bahagian Matrikulasi, KPM.

Berdasarkan Jadual 1 yang tertera di atas, YAB Dato’ Sri Mohd Najib telah menawarkan 1500 tawaran kepada pelajar India pada setiap sesi tawaran pertama bagi tahun 2012 hingga 2017 di bawah pengawasan YB Dato’ P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan I. Lebih-lebih lagi, YB Dato’ P. Kamalanathan dengan kerjasama YB Menteri Pendidikan juga menawarkan tawaran kedua kepada pelajar India bagi menambahkan bilangan pelajar India di Matrikulasi. Jelasnya, Kerajaan Malaysia di bawah pucuk kepimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib telah melestarikan hala tuju peluang pendidikan pelajar India dengan lebih cemerlang. Kini, seramai 1479 atau 7.26 peratus pelajar India telah melanjutkan pengajian Matrikulasi pada sesi akademik 2017/2018.

Berdasarkan hujah di atas, terbukti Tun Dr. Mahathir Mohamed hanya mementingkan sistem pendidikan kaum bumiputera di Malaysia. Tun Dr. Mahathir Mohamed merupakan punca utama kaum India terpinggir daripada agenda transformasi pendidikan negara. Jelasnya, kaum India telah menyahut seruan pancaroba pada era pemerintahan Tun Mahathir yang menyempitkan peluang pendidikan anak-anak kaum India.

-David Billa-

MyTimes News Portal is not responsible or does not accept any form liability for the contents and material portrayed in the article above. We publish articles and opinions without prejudice.

Spread the News :-
  • 2.7K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2.7K
    Shares