TN50 Pastikan Generasi Muda Tidak Warisi Beban Kos Sara Hidup – Khairy

0
216

MELAKA, 27 Mac- Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan memastikan generasi akan datang tidak ‘mewarisi’ beban peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat kini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata perkara itu mampu direalisasikan dengan pelaksanaan pelbagai aspirasi disuarakan generasi muda untuk TN50 antaranya dalam soal pengangkutan, perumahan dan kemudahan kesihatan mampu milik serta pekerjaan lebih baik.

“Isu kos sara hidup akan dapat ditangani jika aspirasi ini dapat dilaksanakan dengan baik oleh kerajaan. Contohnya antara penyumbang terbesar kos sara hidup tinggi ialah perumahan iaitu sewa dan harga rumah yang tinggi, begitu juga kos pengangkutan awam yang tinggi, kita guna kenderaan sendiri…petrol meningkat dan sebagainya…..-BERNAMA

Spread the News :-
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •