32.1 C
Kuala lumpur
Friday, June 22, 2018
Home BM Tiada ‘powerbank’ dalam kereta

Tiada ‘powerbank’ dalam kereta

0
144

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM)Kedah hari ini menafikan kebakaran sebuah kereta Honda CRV milik guru Sekolah Kebangsaan Paya Kemunting, Jitra berpunca daripada ‘powerbank’. Dalam siasatan awal, pihak bomba mengesahkan tiada alat peranti itu ditemui di dalam kereta berkenaan.

Malah, menurut Ketua Unit Perhubungan Awam JBPM Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar, selain tiada powerbank dalam kereta, tiada unsur khianat dalam kes kebakaran kereta di sekolah itu. “Saya menafikan dakwaan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab di media sosial yang mengatakan punca kebakaran adalah disebabkan oleh powerbank atau khianat.

“Pihak bomba masih lagi menyiasat punca kebakaran dan siasatan awal mendapati kemungkinan kebakaran bermula dari bahagian papan pemuka. Walau bagaimanapun pihak bomba masih menunggu laporan siasatan dari bahagian forensik siap,” katanya ketika dihubungi Utusan Online. Semalam, sebuah kereta Honda CRV milik seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Kemunting terbakar hampir 90 peratus di hadapan blok bangunan sekolah itu. Rentetan itu, sebuah video rakaman kebakaran kereta berkenaan tular di laman Facebook sehingga timbul dakwaan mengatakan insiden berpunca daripada powerbank dan perbuatan khianat. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.