TERKINI: Pejabat 1MDB diserbu PDRM

0
302
Pedestrians walk past the logo of 1Malaysia Development Berhad (1MDB) at its construction site in Kuala Lumpur on February 23, 2015. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli
KUALA LUMPUR: Polis masih berada dalam pejabat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Jalan Sultan Ismail, di sini bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan dihadapi syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu. Sehingga jam 2.30 petang ini, belum kelihatan pergerakan turun anggota polis dari aras lapan Menara IMC yang menempatkan pejabat utama 1MDB, sejak pihak berkuasa memasuki pekarangan bangunan itu kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Pihak media yang berkumpul di pekarangan bangunan terbabit juga tidak dibenarkan naik ke pejabat berkenaan, dan berdasarkan makluman pengawal keselamatan di situ, pejabat terbabit turut ditutup untuk urusan awam.
Difahamkan, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman diketuai Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Korporat JSJK, Asisten Komisioner Latt Mazura Mansor berada di pejabat berkenaan. – Bharian
Spread the News :-
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •