Terengganu harap peserta TGTP terlibat semai benih kelapa pandan

0
51

DUNGUN, 16 April – Kerajaan negeri berharap ada antara peserta latihan Program Transformasi Siswazah Terengganu (TGTP) yang menceburi bidang semaian anak pokok kelapa pandan bagi mencapai matlamat pengeluaran 120,000 hingga 150,000 biji benih setahun.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata setakat ini negeri itu hanya mampu mengeluarkan 30,000 biji benih pokok kelapa pandan setahun di pusat pertanian Hulu Paka di Dungun.

“Jabatan dan agensi kerajaan berkaitan pertanian akan membantu peserta TGTP terlibat, sama ada dalam bentuk pemberian geran, pinjaman modal serta khidmat nasihat sekiranya mereka mahu menjalankan perniagaan semaian benih anak pokok kelapa pandan ini,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan majlis pelancaran Gelombang Tani Nasional peringkat negeri, yang turut dihadiri Pengarah Pertanian Terengganu Zulkefly Harun di sini, hari ini.

Melalui TGTP, semua peserta akan menerima elaun bulanan daripada kerajaan negeri sebanyak RM1,500 sepanjang enam bulan latihan berlangsung dan mungkin dilanjutkan enam bulan lagi mengikut kesesuaian.- BERNAMA

Spread the News :-
  • 3
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    3
    Shares