32.1 C
Kuala lumpur
Friday, June 22, 2018
Home BM Terengganu bakal menampung sebuah lagi universiti

Terengganu bakal menampung sebuah lagi universiti

0
172

KUALA TERENGGANU 9 Feb. – Cubaan untuk memberikan gambaran buruk terhadap kerajaan negeri dengan terus menjadikan Taman Ilmu di Besut sebagai sasaran untuk digagalkan akan terhenti dengan kemasukan dua lagi universiti yang dijadualkan beroperasi tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, kemudahan yang dirancang sebagai hab pendidikan tinggi dan gerbang pendidikan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) telah menarik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) untuk menempatkan kampus induk dengan beroperasi sebagai sebuah universiti penuh.

Program selama dua hari itu yang turut dihadiri Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Prof. Datuk Dr. radhuan Che Ros itu dipenuhi dengan pelbagai kegiatan termasuk diskusi ilmu, motivasi kepada para pelajar di samping kegiatan kemasyarakatan. Menurut Ahmad Razif, perkembangan terbaharu yang bakal tercetus akan merancakkan lagi kegiatan ekonomi setempat selain membuka lebih banyak peluang pekerjaaan kepada rakyat, sekali gus memberi makna kepada negeri ini sebagai negeri Anjung Ilmu.

Taman Ilmu yang dibangunkan pada 2004 di kawasan seluas 280 hektar dengan kos kira-kira RM300 juta itu terbengkalai dan disambung semula pada 2012 dengan menyediakan kelengkapan asrama, kompleks pusat pelajar, dewan konvokesyen dan kompleks sukan serta mini stadium. Pembukaan kompleks itu dirintis oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan menempatkan pelajar mereka dari Kampus Besut pada tahun lalu yang dijangka mencecah 500 orang nanti.

Pendekatan dengan konsep perkongsian yang disediakan oleh kerajaan negeri bagi mana-mana institusi pendidikan tinggi menarik minat banyak pihak kerana tidak perlu mengambil masa yang panjang dan kos yang tinggi untuk membuka kampus atau pejabat, malah dapay beroperasi dalam suasana yang kondusif. – UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.