Tanpa tunai dengan Grabpay

0
112

PETALING JAYA,- Cuba bayangkan anda ke mana-mana tanpa perlu membawa wang, hanya dengan berbekalkan aplikasi Grabpay anda boleh berbelanja dan membuat transaksi perbelanjaan harian dengan mudah dan selamat.

Pengarah Urusan GrabPay Singapura, Malaysia dan Filipina, Ooi Huey Tyng berkata ramai rakyat Malaysia enggan mengamalkan gaya hidup bebas tunai kerana khuatir ia tidak selamat dan leceh.

“Melalui GrabPay, pengguna di seluruh negara tanpa mengira usia boleh menyertai gaya hidup bebas tunai, ekonomi digital tanpa perlu memuat turun aplikasi tambahan.

“Dengan menambah wang ke dalam aplikasi Grab yang anda biasa gunakan, anda boleh menyemak perbelanjaan anda dengan mudah dan membuat pembayaran bebas tunai dengan mudah dan selamat,” katanya pada majlis pelancaran Kredit GrabPay, hari ini.

Tambahnya, GrabPay juga turut bekerjasama dengan KLIA Ekspres sebagai rakan e-dompet bermula Julai ini di mana pengguna boleh menggunakan kredit GrabPay untuk membayar tambang pengangkutan dan menikmati tawaran eksklusif sepanjang tempoh promosi.

GrabPay kini diterima di lebih 500 perniagaan makanan dan minuman terkenal di lapan bandar raya utama di seluruh negara iaitu Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh, Melaka, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuantan.

“Buat masa ini, mana-mana perniagaan yang hanya menerima tunai adalah peniaga sasaran kami. Apa yang mereka perlukan adalah kod QR statik (Quick Response Code) dan bukannya terminal POS (Point of Sale),” katanya.- BERNAMA

Spread the News :-
  • 3
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    3
    Shares