Rosmah sampaikan RM20,000 kepada Yayasan Gurpuri

0
35

KUALA LUMPUR, 16 April – Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) menyumbang sebanyak RM20,000 dan 90 hamper kepada Yayasan Gurpuri untuk membolehkan anak-anak yatim dan kurang bernasib baik di rumah kebaikan itru meraikan sambutan Vaisakhi dengan meriah.

Sumbangan itu disampaikan oleh Yang Dipertua BAKTI Datin Seri Rosmah Mansor kepada Pengasas dan Pemegang Amanah Yayasan itu Giani Sukhdaiv Singh semasa beliau mengunjungi rumah kebajikan berkenaan sempena perayaan Vaisakhi bagi penganut agama Sikh.

Beliau turut meluangkan masa kira-kira sejam untuk beramah mesra dan menyaksikan persembahan kanak-kanak yayasan itu. Giani Sukhdaiv dalam ucapan alu-aluannya mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Rosmah dan anggota-anggota BAKTI yang melawat rumah itu setiap tahun.

Sementara itu, Giani Sukhdaiv berkata Yayasan Gurpuri bakal membina rumah kebajikan baharu di tanah seluas 17 hektar di Bentong, Pahang yang kini dalam proses pembinaan. – BERNAMA

Spread the News :-
  • 4
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    4
    Shares