Muadarat rokok elektronik

0
384

Kuala Lumpur : Bahan kimia yang digunakan untuk memberi bau, ras dan warna tiruan dalam larutan cecair rokok elektronik atau vapor dikuatiri membawa risiko kesihatan yang serupa seperti menghisap rokok biasa.

Pensyarah Kajian Sel, Fakulti Sains Kesihatan Universiti Telnologi Mara (UITM), Wan Shahriman Yushdie Wan Yusoff berkata, beberapa kajian mendapati kimia sintetik dalam cecair e0rokok mempunyai beberapa unsur berbahaya.

Menurutnya, kesan jangka panjang penggunaan e-ropkok masih dikaji berikutan produk itu suma memasuki pasaran komersial sekitar 10 tahun lalu tetapi kesan jangka pendek sudah mula kelihatan sejak beberapa tahun lepas.

“Satu kajian di Itali pada 2011 mendapati kesan secara langsung terhadap paru – paru manusia tetapi sejauh mana impaknya termasuk kemungkinan membentuk sel kanser masih belum dapat ditentukan.

“Kajian 2012 di Greece pula mendapati terdapat kesan fisiologi serta -merta seperti batuk dan perubahan pada sel akibat pendedahan kepada radikal bebas, menjadikan salur pernafasan lebih sempit selepas lima minit e-rokok digunakan” katanya di sini baru – baru ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas impak penggunaan e-rokok yang semakin mendapat sambutan khususnya dalam dalam kalangan penghisap rokok tegar. – Kosmo

Spread the News :-
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •