Malaysia Di Tangga 62 Indeks Persepsi Rasuah 2017

0
77

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Malaysia berada di tangga ke-62 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah 2017 (CPI) berbanding ke-55 daripada 176 negara pada 2016. Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Datuk Akhbar Satar berkata Malaysia mencatatkan skor 47 daripada 100 dalam tinjauan CPI tahun lepas. Skor dan kedudukan dalam CPI ditentukan menurut tahap persepsi rasuah dalam sektor awam negara berdasarkan skala ?kosong’ (dianggap paling rasuah) kepada 100 (paling bersih). “Di ASEAN, Malaysia antara tiga negara teratas selepas Singapura dan Brunei,” katanya semasa mengumumkan keputusan CPI 2017 pada sidang media, di sini hari ini. Beliau berkata berbanding negara ASEAN lain, Malaysia berada di belakang Singapura (ke-6) dan Brunei (32) namun di depan Indonesia (96), Thailand (96), Vietnam (107), Filipina (111), Myanmar (130), Laos (135) dan Kemboja (161).- BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.