Lelaki pancut ‘air mani’ ditahan

0
680

Puchong : Lelaki yang memancutkan air mani dalam botol minuman seorang staf hotel beberapa hari lalu telah ditahan oleh Persatuan Community Policing malam semalam. Lelaki yang berumur 29 tahun berkerja sebagai chef di sebuah restoran di Puchong  telah ditahan dengan kerjasama antara pihak Polis Puchong Jaya dan Community Policing (CP).

Individu tersebut dilihat berkeliaran di sekitar lobi hotel dengan mengesek alat sulitnya sebelum mengambil botol air merah jambu dari kaunter pekerja dan ejakulasi air maninya ke botol air tersebut.

Dia kemudianya meletakkan kembali botol minuman pada tempat asal dan meninggalkan hotel serta merta. Kerani yang terminum air tersebut mula sedar airnya berbau busuk bertindak menyemak rakaman CCTV.

Ketua Polis Daerah Serdang Asst Comm Razimi Ahmad berkata kerani tersebut membuat laporan polis selepas kejadian itu. Siasatan dari televisyen litar tertutup (Rakaman CCTV) membawa Kuan dan pasukannya untuk menangkap lelaki itu di luar restoran di Bandar Puteri Puchong.

Kuan berkata suspek, yang belum berkahwin, mempunyai sejarah dalam kesalahan seksual termasuk bersembunyi di tandas wanita untuk mengintip wanita di Pusat membeli belah the Curve. Individu itu pernah ditahan dua kali di IPD Dang Wangi. – MyTimes

Spread the News :-
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •