Lagi gempa di Ranau, 4.0 skala Richter

0
202

Gempa bumi lemah berukuran 4.0 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 5.58 pagi tadi.Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, gegaran hanya dirasai di kawasan Ranau.

Gegaran kali ini adalah yang ketiga melanda kawasan itu sejak semalamSemalam, dua gempa bumi lemah dicatatkan di Ranau iaitu yang pertama berukuran 2.5 pada skala Richter pada 11.51 pagi, diikuti gegaran kedua berukuran 3.4 pada skala Richter pada 6.12 petang.Pada 5 Jun lalu, gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Sabah menyebabkan 18 orang terkorban dan memusnahkan harta benda. – Bernama, 18 Jun, 2015.

Spread the News :-
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •