Kabinet belum buat keputusan kenaikan kadar tol

0
365

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kenaikan kadar tol yang dijangka berkuatkuasa Ogos depan akan dimaklumkan secara rasmi selepas keputusan mengenainya dibuat.Memetik laporan akhbar Sinar Harian, Fadillah berkata buat masa ini Kabinet hanya berbincang mengenai perkara itu.”Kita belum memutuskan apa-apa lagi. Kalau ada nanti, kita akan maklumkan secara rasmi.”Berita itu belum ada pada kami,” katanya.

Fadillah berkata, perbincangan setakat ini hanya untuk melaporkan kedudukan terkini dan kesan kepada kewangan kerajaan sekiranya kenaikan kadar tol dilaksanakan.Sebelum ini dilaporkan sebanyak 16 lebuh raya utama di seluruh negara dijangka menaikkan kadar tolnya sebanyak 20 sen hingga RM1 pada Ogos ini jika cadangan kenaikan itu diluluskan Kabinet.Fadillah berkata, mengikut perjanjian konsesi, kadar tol dilebuh raya sepatutnya sudah lama dinaikkan.

Difahamkan, ekoran penangguhan kadar kenaikan tol itu, semua syarikat konsesi terbabit diberi pampasan berjumlah RM558.9 juta.Antara kadar tol yang dijangka meningkat secara mendadak ialah Lebuhraya Besraya, naik 70 sen, daripada RM1.30 kepada RM2.Kadar tol Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) dijangka meningkat sebanyak 60 sen, daripada RM1.60 kepada RM2.20, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) akan dinaikkan 50 sen, iaitu RM1.60 kepada RM2.10.

Manakala Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Kuala Lumpur Kuala Selangor (Latar) turut akan mengalami peningkatan 50 sen, daripada RM2 kepada RM2.50, dan Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) naik 60 sen, daripada RM1 kepada RM1.60.Lebuh raya lain yang bakal mengalami peningkatan drastik ialah Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga), Lebuhraya Kulim-Butterworth, Lebuhraya Koridor Guthrie dan Lebuhraya Pantai Timur 1. – 25 Jun, 2015.

Spread the News :-
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •