JobMatching tingkat bayaran balik dana PTPTN

0
106

LENGGONG: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mahu Program JobMatching PTPTN dilihat sebagai pendekatan baharu perbadanan itu untuk membantu peminjam membayar balik pinjaman pendidikan mereka.Pengerusinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata setakat ini, sebanyak 5,000 peluang pekerjaan disediakan melalui portal atas talian, yang membolehkan peminjam mencari padanan bersesuaian dengan bidang diminati.Katanya, pendekatan baharu itu adalah untuk mengubah persepsi rakyat yang melihat PTPTN sebagai agensi yang mengejar mereka untuk mendapat bayaran balik, sebaliknya membantu mereka.”Kita harap kaedah ini satu langkah ke hadapan dan harapan kita adalah untuk membantu mereka mendapatkan pekerjaan, sekali gus meningkatkan bayaran balik tabung pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Chit Chat Youth Business di Kolej Kemahiran Tinggi Malaysia (KKTM) Lenggong, di sini, hari ini.Shamsul Anuar berkata, PTPTN juga berusaha untuk meneroka bidang kerjaya baharu seperti animasi dan digital bagi boleh diceburi peminjam.”Contohnya, kita bekerjasama dengan Les’ Copaque (Les’ Copaque Production Sdn Bhd) dan AirAsia. Bidang digital dan animasi adalah bidang yang kita tidak mahu ketinggalan,” katanya.Program JobMatching PTPTN yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis lalu, adalah inisiatif baharu bagi membantu lebih 300,000 peminjam yang belum pernah membuat bayaran balik pinjaman untuk mendapatkan pekerjaan.Menerusi inisiatif itu, satu portal disediakan untuk peminjam membuat permohonan jawatan kosong; membuat padanan antara kelayakan akademik, pengalaman dan minat peminjam dengan jawatan kosong.-BERITA HARIAN

Spread the News :-
  • 3
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    3
    Shares