Idris terkilan ramai tidak hargai PTPTN

0
87

BESUT, 15 April – Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang tidak menghargai apa yang telah disumbangkan menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Katanya, terdapat juga pihak yang mahu menghapusan pinjaman PTPTN demi memancing pengundi yang kononnya mampu mempraktiskan pendidikan percuma sedangkan ia adalah sesuatu yang mustahil.

Dengan adanya PTPTN yang memberi pinjaman kepada pelajar…kira-kira 200,000 lepasan STPM, STAM dan SPM dapat belajar di IPTA dalam dan di luar negara?, katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Pendidikan Besut di sini hari ini.

Idris yang juga Ahli Parlimen Besut berkata hakikatnya ramai yang tidak mengetahui bahawa kerajaan telah membiayai kira-kira 90 peratus daripada kos pembelajaran bagi mereka yang memasuki IPTA manakala yang selebihnya tanggungan sendiri menerusi PTPTN. Beliau berkata PTPTN perlu diteruskan bagi membolehkan mereka yang berkelayakan memasuki universiti tanpa menghadapai masalah kewangan.

“PTPTN bukan setakat memberi pinjaman malah turut mengeluarkan banyak kebajikan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia (SSPN1M-i) kepada pelbagai pihak termasuk mereka yang mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang (APC),” katanya.- BERNAMA

Spread the News :-
  • 3
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    3
    Shares