Harga minimum sekotak rokok dinaikkan daripada RM7 kepada RM9

0
330

PUTRAJAYA: Harga minimum sekotak rokok dinaikkan daripada RM7 kepada RM9 bermula Sabtu ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam. Beliau berkata, seterusnya harga minimum itu akan dinaikkan kepada RM10 bermula 1 Ogos tahun depan. Beliau mengumumkan demikian pada sidang media di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, selewat-lewatnya 1 Januari 2016, taman awam kecuali tempat letak kereta terbuka akan diwartakan sebagai tempat dilarang merokok. “Kawasan tumpuan awam seperti tapak perkhemahan, menara tinjau dan laluan kanopi (jambatan gantung) di Taman Negara juga akan diwartakan sebagai tempat dilarang merokok,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here