Chong Wei tidak pernah mengecewakan

0
28

GOLD COAST, 15 April – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak pernah mengecewakan kontinjen Malaysia jika diberi tanggungjawab untuk membawa cabaran negara pada mana-mana kejohanan mahupun temasya besar. Ia terbukti apabila pemain ketujuh dunia itu menyumbang pingat emas di Sukan Komanwel 2018 selepas menang 2-0 kepada pemain nombor satu dunia dari India, K. Srikanth, hari ini.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamad Norza Zakaria ternyata berbangga dengan pencapaian Chong Wei dan juga pasukan badminton negara yang telah menyumbang dua emas, satu perak dan dua gangsa pada edisi 2018.

“Tekanan telah diletakkan kepada skuad badminton yang mana kita sentiasa menjadi harapan kepada kontinjen negara untuk menyumbang pingat namun Chong Wei dan beregu wanita, Chow Mei Kuan-Vivian Hoo sangat membanggakan kita semua.”

“Selepas kita mendapat tamparan dalam acara berpasukan campuran, semangat mereka tidak luntur untuk terus pamerkan aksi yang cukup sengit pada final individu hari ini. Chong Wei tidak pernah mengecewakan dan beliau merupakan ikon kepada semua,” katanya di Carrara Sports and Leisure Centre.

Beliau berkata Chong Wei telah menunjukkan semangat juang yang tinggi apabila dengan bersungguh-sungguh mematahkan kemaraan dua pemain India, HS Prannoy (separuh akhir) dan Srikanth (final) yang jauh lebih muda daripadanya (perbezaan umur 11 tahun).- BERNAMA

Spread the News :-
  • 3
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    3
    Shares