Bunuh diri selepas langgar kereta BMW

0
459

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai bunuh diri selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Duta, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa ditemui mati di tapak projek pembinaan MRT di Jalan Duta di sini.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa memandu Proton Iswara dipercayai melanggar kereta BMW dari arah belakang.

Mangsa dan pemandu BMW yang dikenali sebagai Ong berbincang di tepi jalan sebelum mangsa bertindak memanjat besi perancah (staging) di tapak projek.

Dikatakan, mangsa sempat memberikan kad pengenalan kepada Ong dan kelihatan dalam keadaan tertekan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, mayat mangsa ditemui tertiarap dan ditutup menggunakan kanvas.

Spread the News :-
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •