Buang air besar atas jalan raya

0
457
Gambar Hiasan

London: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh dengan membuang air besar di atas jalan raya.

Chris Cox, 25, didakwa di mahkamah atas tuduhan tidak senonoh dan mencetuskan kemarahan awam apabila membuang air besar ketika melintas jalan di Glastonbury dekat sini.

Dalam kejadian pada 31 Mei lalu, Cox yang mendakwa mengalami cirit-birit, tiba-tiba melondehkan seluarnya dan terus membuang air besar ketika melintas jalan.

Lebih menjijikkan lagi, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun bersama ibunya yang berjalan di belakang Cox terkena najis lelaki itu.

Wanita itu yang terkejut dan tidak berpuas hati dengan tindakan Cox membuat laporan polis.

Cox yang mengaku tidak bersalah di hadapan hakim memberitahu, ketika kejadian dia sakit perut dan tidak mempunyai pilihan lain.

“Saya tiada pilihan lain ketika itu melainkan membuang air besar di tengah jalan.

“Saya tidak berniat untuk berkelakuan tidak senonoh dan perkara itu terjadi secara spontan,” katanya.

Perbicaraan Cox disambung semula pada 7 Ogos ini dan dia dibebaskan dengan jaminan tanpa syarat.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60864#sthash.X5aaa7bx.dpuf

Spread the News :-
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •