1MDB ; 9 Jam Zahid Jamidi “Dimasak” SPRM

0
86

PUTRAJAYA- Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi keterangan hampir sembilan jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketika ditemui pemberita selepas memberi keterangan itu di ibu pejabat SPRM di sini, Ahmad Zahid berkata antara lain beliau diminta memberi keterangan berhubung pertemuannya dengan wakil keluarga raja Arab Saudi.

“Perkara berkenaan (jumpa wakil Raja Arab Saudi) (SPRM) memerlukan maklumat lanjut kerana maklumat itu cuma diperoleh melalui media. Saya baru selesai memberi keterangan terhadap isu ini dan pada hemat saya ia telah selesai (menjawab persoalan 1MDB),” katanya.

Beliau yang tiba pada 9.50 pagi tadi meninggalkan perkarangan bangunan ibu pejabat SPRM pada 6.40 petang.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan hadir sekali lagi ke SPRM esok bagi memberi keterangan berhubung penyelewengan dana Yayasan Akal Budi.

“Persoalan mengenai Yayasan Akal Budi, saya akan maklumkan pada esok dengan memberi keterangan kali kedua,” katanya.

Menurut sumber SPRM, Ahmad Zahid akan dijadualkan memberi keterangan pada 10 pagi esok berhubung isu itu.

Baru-baru ini portal berita tempatan melaporkan berdasarkan siasatan SPRM sejak awal tahun ini seorang menteri kanan disyaki menggunakan RM800,000 dana yayasan berkenaan untuk membayar kad kredit miliknya dan isteri.- BERNAMA

Spread the News :-
  • 6
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    6
    Shares