1,000 Mahasiswa Sertai Karnival Sukan Antara Universiti Di UPM

0
1502

PUTRAJAYA, 21 Feb – Kira-kira 1,000 mahasiswa daripada 30 Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta akan menyertai Karnival Sukan Antara Universiti yang akan berlangsung selama tiga hari di Universiti Putra Malaysia bermula esok. Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan berkata karnival sukan edisi kedua itu merupakan inisiatif Putera MIC untuk melahirkan lebih ramai atlet berjaya dalam kalangan kaum India.

Menurutnya, temasya sukan itu mempertandingkan dua jenis sukan iaitu bola sepak dan badminton. “Dulu, ramai belia tidak terlibat dalam aktiviti sukan kerana tidak ada platform. Sekarang sudah ada pelbagai kejohanan termasuk Sukan India Malaysia (Sukim),” katanya dalam sidang media pada majlis pengundian Karnival Sukan Antara Universiti di sini hari ini. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan, Naib Presiden MIC merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak India (MIFA) Datuk T. Mohan dan Ketua Putera MIC M.Uvaraja. – BERNAMA

Spread the News :-
  • 140
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    140
    Shares