32.1 C
Kuala lumpur
Friday, June 22, 2018
Home BM 10 lagi Kolej Tingkatan Enam di seluruh negara

10 lagi Kolej Tingkatan Enam di seluruh negara

0
627

HULU TERENGGANU 9 Feb. – Kementerian Pendidikan akan mewujudkan 10 buah lagi Kolej Tingkatan 6 di seluruh negara dalam tempoh dua tahun ini bagi menampung keperluan pelajar di samping mematapkan imej dan sistem pendidikan tahap itu. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika memberi jaminan itu berkata, kesemua  kolej itu yang diletakkan dalam kategori Mod 1 (berasingan daripada sekolah arus perdana) akan diwujudkan secara berperingkat.

Beliau menjelaskan, buat masa ini, terdapat 10 buah Kolej Tingkatan 6 di seluruh negara termasuk Kolej Tingkatan 6 Hulu Terengganu (HuTeCS) di Kuala Berang dekat sini yang ditempatkan di sekolah lama.”Kita ada HuTeCS ini sebagai salah sebuah kolej yang dalam kategori mod 1, iaitu yang menempatkan pelajar tingkatan enam secara berasingan daripada sekolah biasa yang mempunyai pelajar tingkatan satu hingga lima.

“Pada masa ini di seluruh negara kita baru ada 10 buah (kolej tingkatan enam), kita nak tingkatkan lagi jumlah kolej seumpama itu dari semasa ke semasa. Jadi untuk tambahan ini kita perlukan kemudahan seperti membina asrama dan dewan sekolah,” katanya. Mahdzir menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian HuTeCS dan perasmian Berkelompok Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah-Sekolah Dalam Parlimen Hulu Terengganu di kolej itu di Kuala Berang di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Seri Jailani Johari; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat; Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin. HuTeCS ketika ini mempunyai seramai 160 pelajar tingkatan enam  yang dibimbang oleh 46 guru dan kolej ini sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Berang. Dalam majlis itu, Mahdzir  turut mengumumkan Kementerian Pendidikan meluluskan sejumlah peruntukan untuk membina bangunan asrama di HuTeCS. – UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.