Tun M lakon filem Kapsul

0
340

Kuala Lumpur: Syarikat produksi Two Tones Sdn Bhd mencipta sejarah apabila berjaya melamar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, 90, membintangi filem terbitan mereka berjudul Kapsul.

Filem arahan Allahyarham Martis Mohd Ali itu akan menemui penonton seluruh negara mulai 17 September depan.

Penerbitnya Amru Najmi Osman, ketika dihubungi berkata, penampilan Tun M dalam filem itu tidak ada kaitan dengan keadaan politik semasa.

“Kemunculan Tun M melengkapkan jalan cerita filem ini berdasarkan kapsul masa Wawasan 2020 ditanam beliau di Monumen Putrajaya semasa pentadbirannya.

“Saya percaya penampilan Tun M memberi impak kepada keseluruhan filem ini kerana ia punya mesej tersendiri dan bukan sekadar filem kosong,” katanya.

Dalam filem ini, Tun M terbabit dalam lima babak termasuk dia berdialog dengan pelakon utamanya Faizal Hussein.

Terdahulu, berita pembabitan Tun di dalam filem ini mula diperkatakan selepas wajah beliau terpampang di poster filem berkenaan.

Menurut Amru, Tun M bersetuju membintangi filem ini disebabkan jalan ceritanya memaparkan perjuangan bangsa Melayu sejak zaman dulu.

Filem yang menjalani penggambaran tahun lalu ini adalah hasil intepretasi Martis berkenaan bentuk fizikal kapsul dan isi kandungan yang tercatat dalam kapsul itu mengenai amanat Tun Dr Mahathir menjelang tahun 2020.

– Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here