TPM beri Subramaniam aluan Presiden MIC

0
556
Dato Seri' Dr. S Subramaniam

Putrajaya : Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri’ Muhyiddin hari ini mengadakan Majlis Berbuka puasa di Kediaman Rasmi Sri Satria. Majlis berbuka puasa ini dihadiri oleh semua pemimpin tertinggi Barisan Nasional termasuk Perdana Menteri Malaysia Dato Seri’ Najib Tun Abdul Razak. Antara pemimpin yang mencuri perhatian ialah Pemangku Presiden MIC, Dato Seri’ Dr Subramaniam diberi layanan ala Presiden MIC malah ditempatkan di meja utama VVIP bersama Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan lain – lain pemimpin parti komponen. Kedudukan Protokol ini seakan TPM menerima keputusan RoS yang mengesahkan Dato Seri Dr’ Subramaniam sebagai Pemangku Presiden MIC sehingga Pemilihan Baru MIC selesai.

Minggu lepas, di Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, Dato Seri G.Palanivel diberi tempat duduk asing berjauhan dengan meja VVIP ekoran daripada pengumuman RoS yang telah memaklumkan penerimaan pembatalan keahlian Dato Seri G. Palanivel dari MIC. Najib dalam pertemuannya dengan media memaklumkan bahawa beliau menerima segala keputusan yang diberikan oleh RoS. Masa depan politik Dato Seri G.Palanivel akan ditentukan tidak lama lagi. – MyTimes.

Dato Seri' Dr. S Subramaniam
Dato Seri’ Dr. S Subramaniam bersama Perdana Menteri Dato Seri’ Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dan Presiden Gerakan dalam Majlis berbuka Puasa di Kediaman Rasmi Sri Satria.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here