Tol ‘Percuma’

0
278

Subang Jaya: Pengguna Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berpeluang menikmati tol percuma bermula 12 tengah malam hingga jam 11.59 malam pada 31 Ogos ini.

Pemberian tol percuma itu adalah sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-58.Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pemberian tol percuma bakal dinikmati pengguna untuk semua kelas kenderaan.

“Kita anggarkan, 417,000 pengguna akan menikmati pemberian tol percuma itu dengan jumlah subsidi lebih RM665,000.

“Selain itu, pengguna Lebuhraya SPRINT (semua kelas kenderaan) juga akan diberikan diskaun 20 sen sepanjang tempoh berkenaan.

“Diskaun itu dijangka dinikmati lebih 172,000 pengguna dengan subsidi RM35,000,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Jalinan Aidilfitri, semalam.

Majlis berkenaan dianjurkan bersama Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) dan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (SPRINT).

“Kerajaan sentiasa mengalu-alukan inisiatif daripada syarikat konsesi pengendali lebuh raya untuk memberi balik kepada masyarakat,”katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LITRAK Sazally Saidi berkata, inisiatif pemberian tol percuma dan diskaun tol itu dimulakan sejak 2010 bagi menyahut hasrat kerajaan dalam meraikan Hari Kemerdekaan dan secara tidak langsung menyemai semangat patriotisme. – HMetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here