Tindakan PDRM Tidak Pilih Bulu Terima Pujian NGO

0
215

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tidak memilih bulu ketika menangani dua perhimpunan – Bersih 4 dan Himpunan Rakyat Bersatu – menerima pujian daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pengerusi Yayasan Kebajikan Sosial, Tan Sri Robert Phang Miow Sin hari ini memuji tindakan polis yang berjaya mengendalikan situasi berkenaan dengan baik.

“Saya tabik anda, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana anda KPN yang bersungguh-sungguh…Kami percaya di bawah kepimpinan anda, PDRM dapat mengembalikan maruah dan rasa hormat dalam kalangan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Bagaimanapun, Robert berkata masih banyak cabaran yang perlu dihadapi PDRM untuk terus meningkatkan lagi imej mereka.

Bersih 4 yang dianjurkan kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0, diadakan selama 34 jam dari 29 Ogos sehingga malam Hari Kebangsaan manakala Himpunan Rakyat Bersatu diadakan Rabu lepas sewaktu cuti umum Hari Malaysia.- BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here