Tiga Lelaki Diburu Bantu Siasatan Samun Kilang Proses Emas

0
110

GEORGE TOWN, 6 Okt – Polis memburu tiga lelaki termasuk seorang yang cedera ditembak di lengan kirinya bagi membantu siasatan kes samun jongkong emas dan barang kemas seberat 11 kilogram bernilai RM1.9 juta di sebuah kilang memproses emas di Jalan Siram, Butterworth pada 25 Sept lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Zainol Samah berkata lelaki yang belum dikenal pasti itu cedera di lengan kirinya akibat terkena tembakan semasa cuba melarikan diri selepas kejadian itu.

“Suspek adalah seorang lelaki berbangsa India berumur 20-an. Suspek disyaki sedang cuba mendapatkan rawatan bagi kecederaan yang dialaminya.

“Dua lagi suspek dikenal pasti sebagai K.Joyo berumur 38 tahun dan Mohd Amali Masturo, 30, yang dipercayai bersubahat dalam kejadian itu,” katanya pada sidang berita di sini, hari ini. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here