TERKINI : Dollah Salleh Letak Jawatan

0
414

Sepang, 5 Sept (MyTimes) – Jurulatih Bolasepak Kebangsaan Dollah Salleh mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Jurulatih Skuad Harimau Malaya selepas Malaysia kalah 10 – 0 kepada UAE. Kekalahan skuad nasional tersebut adalah yang terosot dalam sejarah bolasepak nasional.

“Saya bertanggungjawab bagi kekalahan itu dan telah mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai jurulatih kebangsaan berkuat kuasa serta merta,” Dollah, 51, kepada pemberita di KLIA selepas pulang ke tanah air.

Kejayaan pertama Dollah sebagai jurulatih adalah pada tahun 2003 apabila beliau memenangi Piala Malaysia dengan pihak kelab Selangor MPPJ.

Beliau terukir namanya dalam kalangan peminat Selangor apabila beliau membimbing pasukan negeri tersebut untuk tiga kali ganda pada tahun 2005 dengan memenangi Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia.

Pada tahun 2013, beliau telah membantu Pahang menjulang Piala Malaysia selepas 21 tahun dengan mengalahkan Kelantan.

Pada bulan Jun 2014, Dollah telah dilantik sebagai jurulatih kebangsaan dan Malaysia adalah naib juara Piala AFF Suzuki. – MyTimes

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here