Tentera tembak Tentera

0
351

Lahad Datu: Seorang anggota tentera maut, seorang lagi cedera selepas terkena tembakan rambang yang dilepaskan seorang anggota tentera dalam kejadian di kawasan Pos Mortar Sahabat 22, dekat sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, Koperal Raju Karno Rano Karno terkena tembakan di leher dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Lahad Datu, dua jam kemudian.

Koperal Jukian Ak Janang yang terkena tembakan di kaki kanan kini masih dirawat di hospital sama.

Sementara itu, menurut sumber polis, sebanyak lima das tembakan dilepaskan suspek menggunakan senjata api M4 Carbine dan dia sudah ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek melepaskan tembakan kerana tidak puas hati berikutan sering diejek rakannya.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Awang Sahari EM Nadzeer ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.- Hmetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here