Tahukah Anda : Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul?

0
761

Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox anda rosak dan kos gearbox kereta adalah sangat mahal.

JANGAN TUKAR GEAR “P” DI TRAFFIC LIGHT

Kekadang pernah perasan kereta dihadapan bila pemandunya masuk gear P semasa berhenti di trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse akan nyala sekejap.

A couple of traffic lights installations with the red ones turned on and the green and yellow off captured against a blue sky with several white clouds scattered over.

Bayangkan kalau pemandu panik sebab lampu trafic light bertukar
hijau lama & kereta belakang sudah mula menekan hon. Tertekan pedal minyak
dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau cepat rosak.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. Tekan brek kaki
2. Masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Bila mahu bergerak balik:
1. Tekan brek
2. Masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. Lepas hand brek.
4. Lepas brek kaki
5. Tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR

1. Tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. JANGAN sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear.
Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.

Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear terus ke R.

Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear, kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan tombol gear.

Untuk pengetahuan anda , tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang kekotak gear berlekok-lekok , tiada tombol. Maka ia lebih selamat.

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P – parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda.
gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun
handbrake tak ditarik.

R – reverse, untuk mengundur kereta anda

N – neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic
jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan,
gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D – drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya
butang overdrive – gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4.
gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj

3 – setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi
mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 – ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak
akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L – Low gear, gear pertama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here