Suri rumah miliki darah ‘istimewa’

0
293
IPOH 14 June 2015. ( BH IPB544S ) Suri rumah, S Tatchana, 28, (kiri) menunjukkan Anugerah Penderma Indian B yang tersenarai dalam kategori darah yang sukar didapati di dalam negara mahupun dunia bersama Pegawai Perubatan Jabatan Perubatan Transfusi HRPB, Dr J Gayathri di Majlis Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 di Mydin Mall Bandar Meru Raya dekat Ipoh. NSTP/Muhaizan Yahya.

Ipoh: Seorang suri rumah, S Tatchana, 28, disahkan mempunyai kumpulan darah istimewa iaitu Indian B yang tersenarai dalam kategori darah sukar didapati di dalam negara ini.

Difahamkan, setakat ini hanya dua orang sahaja yang dikesan memiliki darah jenis berkenaan di negara ini dengan seorang lagi ialah wanita Melayu di Kuala Lumpur.

Tatchana yang juga ibu dua anak dan berasal dari Klebang, dekat sini, berkata, dia hanya mengetahui perkara berkenaan ketika menjalani rawatan untuk bersalin anak pertama di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, tahun lalu.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan doktor bahawa saya memiliki darah istimewa dan meminta kebenaran untuk mengambil sampel darah untuk kajian.

“Doktor turut memaklumkan darah saya sangat sukar ditemui dalam penduduk dalam negara ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Negeri Perak yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Dr Rahimi Goon di pasar raya Mydin, Bandar Meru Raya, di sini, semalam.

Menurutnya, dia sebelum ini sudah menderma darah sebanyak dua kali dan bersyukur kerana dirinya bebas daripada sebarang penyakit.

Pegawai Perubatan Jabatan Perubatan Transfusi HRPB merangkap pegawai yang menguruskan Tatchana, Dr J Gayathri berkata, selepas dimasukkan ke unit rawatan pada ketika itu, pihak hospital berhadapan situasi sukar untuk mencari darah yang sama dimiliki Tatchana.

– Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here