Sukan SEA: Emas pertama Malaysia

0
271

Singapura: Malaysia merangkul pingat emas pertama di Sukan SEA Singapura apabila gandingan Katrina Ann Abd Hadi / Zylane Lee Yhing Huey mengungguli acara renang berirama duet final di Pusat Akuatik OCBC, sebentar tadi.

Kemenangan itu diraih selepas wakil negara itu menyempurnakan rutin bebas final dengan mengumpul 75.5667 mata untuk jumlah keseluruhan 150.9103 mata.

Pada rutin teknikal Selasa lalu Katrina dan Yhing Huey mengumpul 75.3436 mata.

Pingat perak menjadi milik pasangan tuan rumah Stephanie Chen Mei Qi / Crystal Yap Yu Hui dengan mata keseluruhan 149.8372.

Gangsa menjadi milik peserta Indonesia Claudia Suyanto / Feritrianti Anisa dengan meraih 139.0880 mata.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here