Subramaniam gembira kemelut MIC selesai

0
241

Kuala Lumpur : Datuk Seri Dr. S Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Timbalan Presiden MIC merakamkan ucapan terima kasih kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan keputusan yang diumumkan awal pagi hari ini menamatkan segala kemelut politik MIC. Perkara ini disampaikan oleh beliau dalam satu kenyataan akhbar rasmi sebentar tadi.

Menurut kenyataan akhbar tersebut, Datuk Seri Dr. Subramaniam juga berkata kemelut politik MIC yang telah berheretan selama satu setengah tahun ini, sudah tiba masa menamatkan krisisnya dan semua ahli MIC bersatu serta bergerak kehadapan demi kepentingan parti MIC. Ahli Jawatankuasa Pusat tahun 2009 akan dipertangungjawabkan untuk mengadakan pemilihan baru parti yang akan datang.

Beliau juga berkata institusi kehakiman mengambil keputusan yang tepat selepas segala bukti dan aduan dikaji sepenuhnya. Aduan ini dilaporkan oleh ahli MIC yang tidak berpuas hati dan percaya berlakunya penyelewengan dalam pemilihan MIC yang berlangsung pada bulan disember 2013.

Seramai 3700 ahli ketua cawangan akan menunaikan tanggungjawab mereka dalam memilih calon untuk jawatan Presiden parti. – MyTimes.

SHARE
Previous articlePalanivel Merayu
Next articleMisi kontinjen negara tercapai di Singapura
Journalist, author and editor for MyTimes. Holds certificate in Public Relation and Journalism. 8 Years of experience in reporting and political analyst.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here