Monday, May 29, 2017
Home BM Sony memperkenalkan dua versi baharu konsol PlayStation 4

Sony memperkenalkan dua versi baharu konsol PlayStation 4

0
201

TOKYO 14 Sept. – Sony Interactive Entertainment, subsidiari dalam Sony Corp., memperkenalkan dua versi baharu konsol PlayStation 4 sebagai usaha untuk mengekalkan kelebihan jualannya ke atas Microsoft Corp dan Nintendo Co. Ltd.

Ketua Eksekutifnya, Andrew House berkata, PlayStation 4 Pro berupaya menyokong resolusi yang lebih tinggi dan imej lebih realistik dengan resolusi 4K dan julat dinamik tinggi (HDR). Ia akan dijual pada harga AS$399 (RM1,627) seunit.

Sebagai tambahan, syarikat ter­sebut juga memperkenalkan konsol versi rekaan nipis, ringan dan lebih cekap tenaga yang akan dilancarkan pada 15 September pada harga AS$299 (RM1,219) seunit.

Menurut syarikat itu, PlayStation Pro dengan kod nama ‘Neo’ berupaya menyokong PlayStation VR yang akan mula dijual di Amerika Syarikat (AS) pada 13 Oktober tidak lama lagi.

House berkata, Sony juga akan mengadakan program yang membolehkan sebanyak 40 juta pengguna PlayStation 4 sedia ada menaik taraf konsol mereka kepada HDR. – REUTERS

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here