‘Sentuhan Korporat’ Dapat Menambahbaik Kualiti Pendidikan – P.Kamalanathan

0
377

Subang Jaya, 14 Ogos 2015 (MyTimes) – Bantuan dari Sektor swasta khususnya dari bahagian korporat dilihat dapat menambahbaik kualiti pendidikan dalam usaha mentransformasikan pendidikan Malaysia, kata Timbalan Menteri Pendidikan, YB Tuan. P. Kamalanathan. Katanya beliau dengan adanya ‘sentuhan’ korporat, Sekolah Amanah dapat menerap budaya ‘keusahawanan’ dalam membangunankan budaya kepimpinan sekolah yang berkualiti tinggi dan memaksimumkan pembangunan potensi kecemerlangan murid dalam Majlis Penutupan Persidangan Program Sekolah Amanah di Pusat Persidangan Sunway pagi tadi.

Tambah beliau dalam konsep Sekolah Amanah, ibubapa juga dapat melibatkan diri dalam mengukuhkan dan memajukan potensi sesebuah sekolah dalam mencapai hasrat kerajaan dalam Anjakan ke Sembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015.

Program Sekolah Amanah adalah satu program usahasama kerajaan dengan institusi swasta bagi mewujudkan modal transformasi sekolah contoh. Yayasan AMIR yang ditubuhkan oleh Khazanah Nasional Berhad (KNB) adalah rakan swasta yang juga penaja bagi program ini Persidangan yang berlangsung selama tiga hari bermula 12 Ogos tamat pada hari ini. Sebanyak 50 sekolah merangkumi sekolah rendah dan Sekolah Menengah menyertai program ini. (MyTimes)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here