Sektor Pendidikan Sarawak Akan Ditambah Baik – P. Kamalanathan

0
152
Foto dari Laman Rasmi YB. P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1

KUCHING, 9 Sept – Kementerian Pendidikan akan memastikan sektor pendidikan di Sarawak bertambah baik dari masa ke semasa.

Timbalan Menterinya P.Kamalanathan berkata sehubungan itu beliau akan kerap mengadakan lawatan ke negeri ini bagi memastikan segala keperluan pendidikan Sarawak dipenuhi.

Menurutnya di samping keperluan, lawatannya akan turut mendengar dan membawa segala permintaan kerajaan negeri ke peringkat tertinggi agar sektor pendidikan Sarawak tidak diabaikan

“Dalam dua tiga bulan sekali saya buat lawatan ke Sarawak untuk melihat keperluan dan juga membawa permintaan-permintaan negeri ini khususnya dalam sektor pendidikan untuk perhatian kerajaan persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan sempena Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Gita 2, di sini hari ini.- BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here