“Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil adalah legasi dan Ia akan diteruskan selamanya” – P.Kamalanathan

0
726
YB P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan bersama Datuk Seri' Dr. Subramaniam sewaktu lawatan rasmi mereka ke SJKT Sungai Rengam / Foto oleh MyTimes

Shah Alam, 24 September (MyTimes) – Timbalan Menteri Pendidikan, YB P. Kamalanathan menafikan dakwaan sekolah vernakular menghalang perpaduan antara masyarakat di negara ini.Selain menerima pelajar berbilang bangsa, kata beliau pembelajaran di sekolah berkenaan banyak menekankan aspek-aspek perpaduan dan Sekolah Vernakular bukan sebab utama menghalang perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

“Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) adalah legasi yang bermula sejak merdeka dan ia diteruskan selamaya,” kata beliau sewaktu sidang media selepas melawat bangunan baru SJKT Sungai Renggam semalam.

“Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil aspek Rancangan Integrasi Murid-Murid. Ini akan kita tambah baik bagaimana nak pupuk perpaduan di antara anak-anak kita. Itu yang paling penting,” tambah beliau dalam majlis tersebut.

Dalam lawatan rasmi P.Kamanathan dan Dr. Subramaniam ke bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Renggam yang mencecah kos RM 2.836 juta dengan 1 Blok Bangunan, 3 Tingkat dengan 12 Bilik darjah yang dijangka dapat menampung lebih 500 orang murid. Majlis ini turut mendapat kunjungan hormat dari pemimpin – pemimpin MIC tempatan – MyTimes

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here