“Sekolah di Lima Negeri dibuka Esok” – P.Kamalanathan

0
456

Kuala Lumpur, 16 September 2015 (MyTimes) – Timbalan Menteri Pendidikan I, YB. P.Kamalanathan memaklumkan bahawa semua sekolah di lima buah negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka yang ditutup pada selasa lepas akibat Jerebu dibuka esok 17 September 2015.

Perkara ini dimaklumkan oleh beliau melalui laman sosial rasmi beliau pada 5.40pm tadi. Arahan untuk membuka balik operasi sekolah dibuat oleh Menteri Pendidikan Malaysia selepas API atau Index Kebersihan Udara turun sejak petang semalam. Namun begitu Kenyataan Akhbar Kementerian Pendidikan Malaysia yang dimuatnaik oleh beliau mengatakan pihak sekolah dan ibubapa perlu sentiasa peka akan kadar API semasa dan mengambil langkah – langkah sepatutnya dalam membendung keadaan jerebu ini. – MyTimes

Screen Shot 2015-09-16 at 5.55.07 PM

LEAVE A REPLY