Saya tidak keseorangan – Najib

0
246

KUCHING 3 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau berpegang kepada prinsip keadilan sosial dan perlu adil kepada semua pihak sebagai pemimpin negara.Kata Perdana Menteri, prinsip tersebut bukan sekadar sebutan atau retorik politik, tetapi akan dilaksanakannya.“Saya katakan bahawa sebagai ketua kepada kerajaan Pusat, (saya) akan membantu Sarawak untuk berjaya dalam Malaysia.“Kita mahu memastikan pembangunan Sarawak seimbang dengan Semenanjung, ia akan ambil masa, makan belanja besar, tetapi jika mengurus negara dengan baik, kita boleh cari hasil dan hasil tambahan akan cuba diagihkan secara seimbang,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat dalam majlis Makan Malam Perayaan Gawai Dayak 2015 di Dewan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) di Jalan Kumpang malam ini.Yang turut hadir, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Alfred Jabu Numpang dan Pengerusi Pengelola Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2015, Datuk Seri Michael Manyin Jawong.Lebih 3,000 orang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik dan agama hadir bagi meraikan perayaan Gawai Dayak di negeri ini.Sambutan tahun ini merupakan giliran masyarakat Bidayuh dengan bertemakan ‘Besindi Bersama, Segulai Sejalai, Peji Peju Pejoh’ iaitu membawa maksud ‘perpaduan’ dalam bahasa Bidayuh, Iban dan Orang Ulu.Najib berkata, jika terdapat mana-mana wilayah yang ketinggalan dari segi pembangunan, maka sewajarnya kawasan itu akan mendapat lebih peruntukan.“Mana kawasan kurang maju luar bandar, maka perlu diberi keutamaan seperti disebut dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), pembangunan luar bandar tetap jadi keutamaan kita.“Ini adalah tugas saya melihat keadilan sosial di Malaysia, tidak boleh melihat satu wilayah jauh lebih ke hadapan daripada yang lain,” jelasnya.

Menurutnya lagi, Sarawak merupakan rakan setia yang sentiasa memberi sokongan kepada kerajaan.“Terima kasih Ketua Menteri yang menunjukkan sokongan tidak berbelah-bahagi dan tanpa syarat.“Bukan hanya menunjukkan sokongan semasa senang, malah semasa susah, ketika melihat sekeliling tiada orang dan berasa sunyi, saya tahu tidak keseorangan dengan sokongan penuh rakyat Sarawak,” ujarnya.Perdana Menteri berkata, keadaan Sarawak yang begitu aman, stabil dan harmoni walaupun mempunyai 27 kumpulan etnik dan sub etnik serta lebih 40 dialek, merupakan model perpaduan dan 1Malaysia.

– Utusan Malaysia

SHARE
Previous articleBabi ‘serang’ restoran
Next articleResign, if you disagree with PM – Zahid
Journalist, author and editor for MyTimes. Holds certificate in Public Relation and Journalism. 8 Years of experience in reporting and political analyst.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here