Saya redha – Muhyiddin Yassin

0
264

Kuala Lumpur, 28 Julai 2015 : Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau redha dengan keputusan yang telah ambil oleh Dato Seri’ Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Tan Sri Muhyiddin mengucapkan terima kasih kepada Dato Seri’ Najib Tun Abdul Razak kerana telah memberi peluang untuk berkhidmat kepada negara. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong beliau menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dalam kenyataan yang sama beliau juga memaklumkan bahawa beliau menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet dan sepanjang beliau berkhidmat, Tan Sri sentiasa menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.

Hanya kecuali dalam isu 1MDB Tan Sri mempunyai pendirian sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara.

Beliau juga berjanji akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO dan sebagai Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada beliau dalam mencurahkan khidmat bakti demi memperkukuhkan parti dan rakyat.

Kenyataan Akhbar itu dimuat naik dalam Laman Facebook Rasmi Tan Sri Muhiyiddin Yassin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here