“Saya dan Husni tahu kewujudan Derma Rm2.6bil” – Setiausaha Agung Umno

0
330

KUALA LUMPUR: Mengakui kewujudan derma RM2.6bil yang masuk ke dalam akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, isu itu telah “berulang kali dijelaskan” kepada semua.

Tengku Adnan berkata bendahari Umno yang juga Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah itu juga sedar akan segala urusniaga berkaitan Rm2.6bil.

“Kami telah berkali-kali menjelaskan isu ini. Sebagai Setiausaha Agung, saya sedar akan kewujudan Rm2.6bil dan begitu juga bendahari parti,” katanya ketika berucap pada mesyuarat bahagian Umno Setiawangsa pada Ahad. Tambahanya beliau bahawa sumbangan itu datang dari “saudara” negara, kononnya dari Timur Tengah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here