Rogol nenek, dijel tujuh tahun

0
339

Seremban: Bapa kepada seorang anak dipenjara tujuh tahun dan dua sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan merogol seorang nenek berusia 61 tahun, tahun lalu.

Hakim Madihah Harullah menjatuhkan hukuman selepas mendengar rayuan tertuduh Muhammad Firdaus Muniandy Abdullah, 39, yang juga pemungut sampah selain mengambil kira pengakuan dibuat.

Muhammad Firdaus yang juga mualaf sebelum itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan merogol seorang tukang cuci warga emas di bilik sewa wanita terbabit.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol wanita terbabit dalam sebuah bilik di Jalan Rasah, di sini, kira-kira jam 4.30 pagi pada 10 Disember 2014.

Berikutan kesalahan itu, Muhammad Firdaus didakwa mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Menurut fakta kes, tertuduh tinggal bersebelahan ketika itu hanya bertuala sebelum menolak pintu bilik mangsa.

Tertuduh menolak mangsa hingga terjatuh. Mangsa menjerit meminta bantuan, namun ditampar sebelum melakukan perbuatan kejinya.

Selepas kejadian itu, tertuduh kembali ke biliknya sebelum mangsa membuat laporan dan sepasukan polis menahan tertuduh di bilik sewanya.-HMetro

SHARE
Previous articleTol ‘Percuma’
Next articleBan On Social Media – Yay Or Nay? – Jason Chin
Journalist, author and editor for MyTimes. Holds certificate in Public Relation and Journalism. 8 Years of experience in reporting and political analyst.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here