‘Pulanglah, amma rindu’ – rayu ibu hilang anak

0
198

KUALA LUMPUR: “Pulang la nak, amma rindu,” rayu K Sakunthala, 46, ibu kepada A Jenifer, 12, yang hilang selepas keluar dari sekolahnya sejak 19 Jun lalu. Sakunthala ketika ditemui BH, di rumahnya di Taman Maluri, di sini berkata dia sangat sedih kerana Jenifer, anak bongsu daripada tiga beradik tidak ditemui hingga kini.

Beliau berkata, dia tidak pernah pukul atau memarahi Jenifer sebelum ini. Katanya, dia percaya anaknya tidak berniat lari dari rumah kerana dia disayangi semua ahli keluarganya dan dimanja bapanya, S Anthony, 50, sejak kecil.

“Saya dimaklumkan, dia (Jenifer) ada kelas tambahan ketika saya menghantarnya ke sekolah pada jam 6.30 pagi dan akan pulang pada jam 3.30 petang. Namun saya tunggu hingga jam 5 petang dia masih belum pulang. “Saya dengan suami pergi cari dia di semua kawasan berhampiran sekolah namun tidak jumpa. Saya juga ada tanya kawannya namun mereka juga tidak tahu,” katanya.

Sakunthala berkata, hingga kini dia puas mencari di merata tempat malah turut memaklumkan kepada penduduk berhampiran untuk mencari anaknya itu.

“Saya sedih kerana sampai sekarang dia tidak pulang, ..saya selalu terfikir sama ada dia sudah makan atau belum. “Saya merayu orang ramai yang melihat anak saya untuk segera hubungi nombor 014 9660 716. Saya nak bagi wang pun saya orang susah,” katanya. Pada 19 Jun lalu, Jenifer, 12, yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Kampung Pandan Dalam di sini, hilang selepas keluar dari sekolahnya kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata usaha mencari sedang giat dijalankan termasuk meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan berhampiran.

02amma.transformed_1 (1)
Ibu mangsa Puan Sakunthala dan bapanya Encik S.Anthony memang risalah kehilangan anak mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here