PROTON beri pemeriksaan percuma

0
160

Kuala Lumpur: Proton Holdings Bhd (PROTON) menawarkan pemeriksaan 30 mata percuma kepada semua pemilik kereta nasional itu mulai 9 hingga 15 Julai depan sebagai inisiatif menggalakkan kesedaran keselamatan kenderaan pada musim perayaan.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, syarikat mempunyai tanggungjawab mendidik dan menggalakkan kesedaran keselamatan kepada pengguna, terutama dalam menyokong seruan kerajaan mengurangkan kemalangan jalan raya pada musim perayaan dan cuti sekolah.

“Pemeriksaan percuma boleh dinikmati di semua pusat servis Proton seluruh negara dan stesen minyak PETRONAS terpilih antara jam 3 petang dan 7 malam selama seminggu. “Tawaran 30 mata percuma ini termasuk pemeriksaan bateri, minyak dan sistem brek selain pelanggan turut menikmati konsultasi percuma mengenai penyelenggaraan enjin dan kereta,” katanya, semalam. – Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here