Piala Asia 2019 : Arab ‘sondol’ Malaysia 10-0

0
230

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Malaysia nyata bukan tandingan pasukan ranking ke-70 dunia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas mengalami kekalahan besar 10-0 pada aksi ketiga pusingan kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi, Khamis.

Kekalahan tersebut menyaksikan Malaysia yang berada pada ranking ke-168 dunia, kekal menghuni tangga tercorot Kumpulan A selepas kalah 6-0 kepada Palestin dan seri tanpa jaringan menentang Timor Leste pada dua aksi terdahulu.

UAE nyata mendominasi perlawanan pada babak pertama menerusi ledakan tujuh gol.

Pesta gol skuad Al-Abyad bermula seawal minit ke-15 menerusi Mohanad Salem sebelum Ali Makhbout menggandakan kedudukan, selang enam minit kemudian selepas menyambar tangkapan kurang kemas penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat sebelum tuan rumah menambah dua lagi gol menerusi Ahmed Khalil (minit ke-23) dan dua minit kemudian oleh Habib Al-Fardan.

Kemasukan penjaga gol Perak, Zamir Selamat selepas itu nyata gagal membendung pintu gol negara daripada terus dibolosi menerusi sentuhan penyudah Ahmed Khalil pada minit ke-29, Ali Makhbout (m33) dan Mohamed Gharib (m39)- BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here