Pertandingan Foto Hari Kebangsaan Inisiatif Kamalanathan Dapat Sambutan Hangat

0
221
imbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan menunjukkan foto pemenang tempat pertama Pertandingan Foto Hari Kebangsaan 2015 melalui laman sosial Facebook rasminya bermula 27 Ogos sehingga 15 September lalu yang dirakamkan oleh Ahmad Aqil Mohamed Ali pada majlis penyampaian hadiah kemenangan itu di pejabatnya di Kementerian Pendidikan hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA – Pertandingan Foto Hari Kebangsaan 2015 hasil inisiatif Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan di laman sosial Facebook peribadi beliau mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan hampir 100 foto.

Empat individu dinobatkan pemenang utama terdiri daripada dua pelajar dan dua guru yang menerima hadiah tablet Samsung Tab 4, I-Pod dan telefon pintar Lenovo, sumbangan peribadi Kamalanathan.

Berucap pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan di pejabat beliau hari ini, Kamalanathan berkata beliau menganjurkan pertandingan berkenaan dengan objektif menyemarakkan semangat patriotisme.

“Ini adalah inisiatif peribadi saya sendiri bagi menggalakkan semangat patriotisme melalui aktiviti yang berfaedah,” katanya.

Pemenang pertama merupakan pelajar, Ahmad Aqil Mohamed Ali dengan foto Jalur Gemilang yang dikibarkan di Tembok Besar China memenangi tablet Samsung Tab 4.

Beliau bagaimanapun tidak dapat hadir pada majlis itu kerana perlu bersiap untuk berlepas ke luar negara bagi menyambung pengajian.‎

Tempat kedua dimenangi guru, Noorjahan Sultan, 44, dari Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota, Pahang yang menerima telefon pintar Lenovo.

Seorang lagi guru, Muhamad Azizul Rahim Musa, 35, dari Sekolah Kebangsaan Rapat Setia, Ipoh membawa pulang I-Pod sebagai hadiah tempat ketiga.

Pemenang keempat pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Bandaraya, A. Muthu Barathim, 17, yang menerima I-Pod. – Bernama

LEAVE A REPLY