Penyingkiran ahli kabinet adalah hak prerogatif Datuk Seri Najib – Hishammudin

0
349

KUALA LUMPUR, 28 Julai 2015 : “Adalah penting untuk merapatkan barisan dan menerima keputusan Perdana Menteri” kata Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau diminta mengulas mengenai penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kabinet, turut menambah bahawa keputusan penguguran ahli kabinet adalah hak prerogatif Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia.

“Kita perlu rasional dalam landskap politik semasa.”Ini bukan sesuatu yang baru, ia telah dilakukan oleh bekas- bekas Perdana Menteri,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia di sini,

Dato Seri Hishammuddin juga berharap penyokong Muhyiddin akan meletakkan kepentingan parti dan negara pertama  meneruskan tanggungjawab mereka untuk rakyat dan negara.

Apabila diminta mengulas mengenai portfolionya yang tidak berubah, Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, berkata beliau lega kerana beliau masih dengan kementerian yang sama. – MyTimes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here