Pencapaian terbaik Malaysia

0
209
KALLANG 16 JUNE 2015. Pemain peseorangan Malaysia, Chong Wei Feng (kanan) dan Mohamad Arif Ab Latif pada majlis penyampaian hadiah acara badminton peseorangan lelaki akhir Sukan SEA Singapura 2015 di Stadium tertutup Singapura. Wei Feng menang 21-8, 21-9 untuk memenangi emas dan arif pingat perak. NSTP/Osman Adnan

Kuala Lumpur: Badminton menamatkan cabaran Malaysia ke Sukan Sea ke-28 dengan menyumbangkan dua pingat emas dan tiga perak membolehkan Malaysia kekal di tangga keempat di belakang Thailand, Singapura dan Vietnam dengan 62 emas, 58 perak dan 66 gangsa.

Pingat emas ke-62, iaitu yang terakhir diraih pemain perseorangan lelaki, Chong Wei Feng yang mengalahkan rakan senegara petang tadi. Mohd Arif Latif, menamatkan penantian skuad badminton negara selama 14 tahun untuk memungut pingat emas Sukan SEA.

Sebelum itu, pingat emas ke-61 diraih melalui pasangan beregu wanita, Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho yang menumpaskan rakan senegara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei.

Bagaimanapun, pasangan beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying hanya sekadar mendapat pingat perak apabila tewas 21-18, 21-13, 23-25 kepada beregu Indonesia, Praveen Jordan-Debby Susanto.

Kejayaan Malaysia di Sukan SEA kali ini antara yang terbaik, mengatasi menyamai pencapaian di Manila pada 2005 dengan 61 emas, 49 perak dan 65 gangsa.

Kontinjen Malaysia secara keseluruhan mengumpul 186 pingat, melepasi sasaran 184 pingat yang ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN).

MSN juga meletakkan sasaran 48 pingat emas manakala sasaran Chef-de-Mission, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria ialah 50 emas.

Pencapaian Malaysia kali ini lebih baik berbanding Sukan SEA 2011 di Indonesia menyaksikan Malaysia meraih 59 emas, 50 perak dan 81 gangsa manakala di Myanmar dua tahun lalu, kontinjen negara memperoleh 33 emas, 32 perak dan 64 gangsa.

– Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here