Pemuda MIC Perak memberi sokongan padu kepada Dr.Subra sebagai Presiden

0
664

 

Ketua Pemuda MIC Negeri Perak, En.Veeran telah menyatakan sokongan beliau dan pergerakkan Pemuda MIC Negeri Perak dalam satu kenyataan media.

“Kami Pemuda MIC Negeri Perak memberi sokongan penuh kpd pucuk kepimpinan Dato’ Elango yang telah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan MIC Negeri Perak.Disini kami juga berucap Tahniah dan berterima kasih kepada Ybhg Datuk Seri Dr. S. Subramaniam Presiden MIC yang baru dilantik oleh Ketua-Ketua Cawangan MIC di seluruh semenanjung Malaysia. Dato’ Elango merupakan seorang yang cukup berpotensi tinggi dalam arusan politik di Negeri Perak,kata beliau.

Beliau juga berpengalaman dalam menjawat sebagai Ketua Pemuda Bahagian di Lumut , Merangkap Setiausaha Pemuda MIC Negeri Perak Dan Selepas itu beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Bahagian, Ketua Bahagian MIC Lumut. Kini beliau bersandang jawatan sebagai Penasihat MB Negeri Perak. Datuk Seri Dr S.Subramaniam telah mengambil satu langkah berpositif dengan melantik beliau sebagai Pengerusi MIC Negeri Perak,kata En.Veeran.

LEAVE A REPLY